Sunday, June 28, 2015

Sambungan daripada ANDA TANYA USTAZ JAWAB ....

Bab 6 : wanita solat, tetapi tidak menutup aurat, adakah solatnya diterima?

soalan : ustaz, apakah hukum wanita yang sentiasa solat lima waktu, tetapi tidak menutup aurat ketika di luar solat, contohnya tidak berhijab atau tidak bertudung? saya ada terbaca dalam artikel bahawa solatnya tidak diterima, adakah ini benar?

jawapan : bukan tidak diterima solatnya, tetapi solatnya masih lagi tidak sempurna. ini kerana, solat yang sempurna itu mencegah dirinya daripada berbuat maksiat kepada Allah.

Bab 7 : petua khusyuk dalam solat

soalan : ustaz, mohon berikan petua supaya saya dapat khusyuk dalam solat.

jawapan : diam segala anggota melainkan melakukan perbuatan dalam solat sahaja dan perhatikan setiap bacaan yang disebut dan hadirkan rasa rendah diri kepada allah . sekiranya tidak mampu, ingat bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh Allah.

Bab 8 : Hukum beli barang makanan dan emas dengan kad kredit

soalan : ustaz, apakah hukum membeli barangan makanan dan emas menggunakan kad kredit?

jawapan : ada pendapat ulama yang membolehkan penggunaan kad kredit kerana kad kredit sama seperti duit sebagai bahan tukaran.

Bab 9 : Siapa berhak dapat harta pusaka

soalan : ustaz, siapakah golongan yang berhak mendapat harta pusaka?

jawapan : sekiranya suami meninggal dunia, golongan yang berhak mendapat harta pusaka adalah;
*AYAH SI SUAMI.
*IBU SI SUAMI.
*ISTERI SI SUMAI.
*ANAK2 SUAMI, IAITU ANAK YANG LAHIR HASIL PERKONGSIAN HISUP DENGAN  ISTERI YANG SEDIA ADA, ISTERI YANG DICERAIKAN, DAN ISTERI YANG SUDAH  MENINGGAL DUNIA.

sekirannya isteri meninggal dunia, golongan yang berhak mendapat harta pusaka adalah:
*IBU SI MATI.
*AYAH SI MATI.
*SUAMI SI MATI.
*ANAK SI ISTERI, IAITU ANAK YANG LAHIR HASIL PERKONGSIAN HIDUP DENGAN  SUAMI YANG SEDIA ADA, BEKAS SUAMI, DAN SUAMI YANG SUDAH MENINGGAL  DUNIA.

Bab 10 : Hukum perempuan bekerja sebagai pelayan ataupun prromoter.

soalan : ustaz, bolehkah seseorang perempuanbekerja sebagai pelayan, promoter produk, pramugari, ataupun juruwang?

jawapan : apa jua pekerjaan wanita, secara automatiknya menjadi haram sekiranya melanggar peraturan dan batasan agama seperti bekerja sebagai  pelayan lelaki (GRO), orang yang menuang arak, ataupun mendedahkan aurat semasa berkerja.
Asalammualikum dan salam sejahtera. Saya mengambil sesempatan menulis blog ini kerana saya ingin menceritakan kisah ANDA TANYA USTAZ JAWAB yang mana ustaz akan menjawab persoalan yg berkenan permasalah umat di masa kini...''wahai orang2 beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar2 takwa kepadanya, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama islam'' (surah Ali Imran, ayat 102)...

  Di dalam al-quran, surah al-Ahzab ayat 56, allah menyatakan yang bermaksud,''sesungguhnya Allah dan para malaikatnya beriman, berselawatlah kamu kepadanya nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.''

  Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, ''sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.''


Bab 1 : Gunting rambut, tetapi belum mandi wajib..

soalan: ustaz, sekiranya kita mengunting rambut sedangkan kita belum mandi wajib, adakah yang                   digunting itu perlu dikutip semula?

jawapan : Tidak perlu kutip semula rambut itu, hanya rambut mayat perlu dimandikan..

Bab 2 : sentuh kemaluan ketika ada wuduk..

soalan : ustaz menyentuh kemaluan sendiri ataupun kemaluan orang lain dapat membatalkan wuduk.                Bahagian mana yang disentuh ataupun tersentuh , batal wuduk bagi lelaki dan perempuan?

jawapan : Bagi lelaki adalah pada bahagian zakar sehingga hujung kepala zakar, manakala bagi                           perempuan pula adalah pada dua bibir faraj termasuk kelentitnya. Bagi bahagian dubur pula                 adalah sama sahaja bagi lelaki dan perempuan, iaitu pada bulatan dubur.

Bab 3 : Yang mana lebih baik, mendengar ceramah agama                      ataupun mengaji al-quran?


soalan : ustaz, antara mendengar ceramah agama dan mengaji al-quran , yang mana lebih baik?

jawapan : mendengar ceramah agama adalah wajib kerana ia berada dalam kategori menuntu ilmu.                      Menuntut ilmu adalah satu kewajipan kepada orang islam, manakala membaca al-quran                      adalah sunat.

Bab 4 : Hukum orang yang tidak pandai membaca al-quran

soalan : ustaz, apakah hukum sekiranya kita tidak pandai baca al-quran?

japawan : dalam al-quran ada 144 surah. surah yang wajib kita pandai baca adalah surah al-fatihah.                     sekiranya kita tidak pandai membaca surah  al-fatihah, hukumnya berdosa. manakala ,                         sekiranya kita pandai membaca surah2 lain,itu adalah fardu kifayah. oleh itu, sunat kepada                   kita belajar supaya dapat membaca surah-surah yang ada dalam al-quran.

Bab 5 : Hukum berzikir dan berselawat di antara solat tarawih

soalan : ustaz, mohon terangkan hukum berzikir dan berselawat di antara solat tarawih?

jawapan : Tidak ada nas yang menyuruh dan melarang berzikir dan berselawat di antara solat tarawih,                 kepada yang melakukannya dibolehkan dan mendapat pahala yang besar kerana berzikir                     dan memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad.

JANGAN RISAU ANDA TANYA USTAZ JAWAB BUKAN SAMPAI DI SINI SAHAJA AKAN ADA SAMBUNGANNYA .....